Undang-undang
Dengan menyerahkan peranti anda, anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini.
(a) "Kami" merujuk kepada syarikat pemulihan data (DR DATA) yang menyediakan perkhidmatan pemulihan data yang ditawarkan di bawah Syarat dan Terma ini.
(b) "Anda" merujuk kepada individu atau syarikat yang menggunakan khidmat pemulihan data kami.
(c) "Data" merujuk kepada apa-apa maklumat digital atau fail yang disimpan di dalam peranti.
(d) "Peranti" merujuk kepada apa-apa peranti storan digital (digital storage device) yang mengandungi data, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemacu cakera keras (hard disk drive), pemacu keadaan pepejal (solid state drive / SSD), pemacu kilat (pendrive), kad memori (memory card), dan cakera padat (CD).
(a) Kami menyediakan khidmat pemulihan data (data recovery service) untuk peranti yang mengalami kerosakan fizikal atau logikal.
(b) Anda perlu menyerahkan peranti yang mengalami masalah kepada kami untuk proses diagnostik dan imbasan fail (file scan).
(c) Dengan menyerahkan peranti kepada kami, anda dengan ini telah memberi keizinan kepada kami untuk memeriksa keadaan fizikal peranti dan melakukan sebarang kerja-kerja baikpulih yang diperlukan.
(d) Dengan menyerahkan peranti kepada kami, anda juga memberi keizinan kepada kami mengakses, menganalisis, menyalin dan memindah segala kandungan data yang terdapat di dalamnya untuk tujuan pemulihan data.
(e) Selepas diagnostik, kami akan memberikan laporan mengenai keadaan peranti dan memaklumkan kepada anda sama ada data boleh dipulihkan atau tidak.
(f) Jika data boleh dipulihkan, kami akan menghantar laporan diagnostik kepada anda mengandungi fail sampel (sample files) dan filetree untuk anda sahkan. Sebutharga akan disertakan dalam laporan mengandungi maklumat kos sebenar dan tempoh proses pemulihan data.
(g) Anda perlu memberikan persetujuan secara bertulis ataupun secara lisan sebelum kami memulakan proses pemulihan data.
(h) Jika kami dapati data tidak boleh dipulihkan, kami tidak akan mengenakan caj pemulihan data kecuali lain-lain caj yang terlibat seperti caj diagnostik, imbasan fail dan penghantaran kurier.
(i) Kami tidak akan menyimpan secara kekal, menjual atau menyerahkan kepada pihak ketiga data yang terdapat di dalam peranti anda melainkan mendapat kebenaran bertulis dari anda.
(j) Data anda hanya disimpan sebagai sandaran di dalam sistem storan kami dan akan dipadam secara kekal selepas 10 hari dari tarikh penyerahan semula data yang dipulihkan.
(a) Caj perkhidmatan kami adalah berdasarkan beberapa faktor seperti jenis peranti, kapasiti, jenis kerosakan dan tahap kerosakan peranti.
(b) Anggaran kos akan dimaklumkan kepada anda selepas diagnostik dan analisis dibuat terhadap peranti dan kandungan data di dalamnya.
(c) Anda perlu membayar caj perkhidmatan kami dalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam invois.
(d) Wang deposit dan segala bayaran yang telah dibayar oleh anda tidak akan dikembalikan sekiranya anda membatalkan proses pemulihan data atau anda enggan menjelaskan baki bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
(a) Kami tidak bertanggungjawab terhadap keadaan fizikal dan logikal peranti dan data yang diserahkan kepada kami sama ada sebelum, semasa atau selepas perkhidmatan yang diberikan.
(b) Anda faham dan jelas bahawa tiada jaminan data dapat dipulihkan 100% apabila menggunakan perkhidmatan kami.
(c) Anda faham dan jelas bahawa kerja-kerja yang dijalankan terhadap peranti dan data anda mempunyai risiko dalam apa jua bentuk termasuk kerosakan yang lebih teruk kepada peranti dan data anda yang boleh menyebabkan kehilangan data kekal atau kerugian bagi pihak anda yang mana boleh terjadi disebabkan oleh malapetaka yang tidak disengajakan seperti bencana alam dan kami tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atasnya.
(d) Anda faham dan akur bahawa usaha yang dilakukan untuk memeriksa peranti anda boleh menyebabkan waranti terbatal dan mungkin meninggalkan kesan fizikal kekal terhadap peranti dan/atau aksesori peranti anda seperti enclosure dan stiker waranti.
(a) Anda mengesahkan bahawa anda adalah pemilik ataupun wakil sah bagi peranti dan kandungan data yang diserahkan kepada kami.
(b) Kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan data sama ada sebelum, semasa atau selepas perkhidmatan pemulihan data.
(c) Kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan pada peranti sama ada sebelum, semasa atau selepas perkhidmatan pemulihan data.
(d) Anda bersetuju untuk menjelaskan kesemua caj yang dikenakan untuk perkhidmatan kami.
(e) Kami mempunyai hak untuk menolak sebarang permintaan khidmat pemulihan data yang dianggap melanggar undang-undang negara Malaysia.
(f) Kami mempunyai hak untuk menolak sebarang permintaan khidmat pemulihan data dari anda atas kehendak kami tanpa sebarang alasan.
(g) Kami mempunyai hak untuk melupuskan peranti dan data anda sekiranya tidak dituntut oleh pemilik atau wakil sah pemilik peranti dalam tempoh yang ditetapkan.
(h) Peranti yang mempunyai rekod pernah batal proses pemulihan data dengan kami, tidak akan diterima untuk cubaan pemulihan data kali kedua dan seterusnya.
(a) Anda perlu mengambil semula peranti anda apabila dimaklumkan oleh kami untuk berbuat demikian.
(b) Anda akan diberi notis pelupusan melalui WhatsApp dan digesa untuk menuntut semula peranti dalam masa 7 hari dari tarikh notis dikeluarkan.
(c) Sebarang peranti dan aksesorinya adalah dianggap sebagai peranti terbiar jika tidak dituntut oleh pemiliknya atau wakil pemiliknya yang sah setelah 7 hari dari tarikh notis pelupusan.
(d) Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat setelah tempoh tersebut, peranti dan segala data di dalamnya akan dilupuskan secara kekal.
(e) Pelupusan bermaksud sama ada media dikitar semula, dibuang, dijual kepada pihak ketiga, dileraikan atau digunakan sebagai alat ganti oleh kami.
(f) Jika kebenaran untuk melupuskan peranti diberikan oleh anda secara bertulis atau secara lisan, pelupusan peranti dan data anda adalah berkuatkuasa serta-merta.
(g) Setelah pelupusan dibuat, anda tidak lagi berhak untuk mengambil semula peranti anda dan kami tidak dipertanggungjawabkan terhadap kandungan data di dalamnya.
(a) Sekiranya terdapat sebarang pertikaian yang timbul dari perjanjian ini, kedua-dua pihak hendaklah berusaha untuk menyelesaikannya melalui rundingan.
(b) Sekiranya tidak dapat diselesaikan, pertikaian tersebut boleh dibawa ke mahkamah dan diselesaikan mengikut undang-undang.