Koleksi Kes

Kes Unik DR DATA

Kes-kes pemulihan data yang mencabar, unik dan luar biasa — diselesaikan oleh pasukan DR DATA.

Kes 01 — BitLocker Firmware Korea
Kes 01

Tak Jadi Hantar ke Korea 🇰🇷 — Selesai di Malaysia 🇲🇾

Firmware Corruption + BitLocker Encryption — Kes Bertaraf Antarabangsa

Hard disk Tn. Azrul jadi not responding semasa proses decryption BitLocker terhenti di 74%. File tidak dapat diakses — password dan recovery key menjadi tidak valid.

Pada 2021, syarikat data recovery di Cyberjaya gagal akses data dan mengesyaki komponen R/W heads rosak, lalu mencadangkan penghantaran ke Korea Selatan untuk tukar spare part.

Setelah engineer DR DATA mendiagnos, punca sebenar bukan heads — tetapi FIRMWARE di Service Area (SA) yang rosak.

Menggunakan teknik khas yang dibangunkan oleh team DR DATA untuk kes BitLocker, drive restoration berjaya dilakukan walaupun password dan recovery key tidak sah.

KEPUTUSAN: LEBIH 80% DATA BERJAYA DISELAMATKAN.
Lebih 100,000 fail gambar + video bersaiz lebih 400GB — tersusun cantik dalam folder asal, langsung tidak bersepah.

Kerosakan yang dikenal pasti:
1. Firmware Corruption
2. Critical Bad Sectors
3. Logical/File System — BitLocker Encryption

Kes 02 — 6 Kerosakan HITACHI
Kes 02

6 Kerosakan — Peluang Recover Tipis 🫨

Electronic + Mechanical + Firmware — HITACHI 500GB 2011

Ini merupakan kes hard disk dengan jumlah jenis kerosakan paling banyak yang kami terima. Hard disk telah dihantar ke data recovery center lain sebelum ini tetapi gagal recover data.

6 jenis kerosakan dikenal pasti:
1. Electronic — ribbon cable motor terputus
2. Mechanical — kerosakan fizikal pada R/W heads
3. Mechanical — calar pada platter
4. Mechanical — kerosakan fizikal pada parking ramp
5. Firmware — kerosakan translator
6. Bad sectors

Mulanya Pn. Fieza memaklumkan hanya ada kerosakan ribbon cable dan HDD tidak boleh dihidupkan (not spinning up). Setelah jumper dibuat, HDD dapat dihidupkan tetapi mati semula selepas 1 saat (spin up and spin down).

Diagnostik cleanroom di HQ mendedahkan kerosakan mekanikal serius pada platter (calar), R/W heads dan parking ramp. Drive restoration menggunakan komponen donor drive berjaya menghidupkan semula HDD — namun data masih tidak dapat diakses.

Engineer seterusnya mengakses factory-level setting menggunakan peralatan khas dan menemui kerosakan logical pada Service Area (SA) — translator issue. Drive restoration peringkat firmware kemudiannya dilakukan.

KEPUTUSAN: 99.9% DATA BERJAYA DISELAMATKAN.
Lebih 85,000 fail termasuk video dan gambar kenangan lama anak-anak Pn. Fieza — struktur folder sempurna seperti sebelum rosak.

Spesifikasi:
Hard Disk: HITACHI IBM ARM
Model: HTS547550A9E384
Kapasiti: 500 GB
Tahun: 2011

Kes 03 — Hard Disk DIY
Kes 03

Hard Disk Dah Kena DIY 🛠️

Misi Selamatkan Memori 17 Tahun — WD External 500GB

Pn. Zie dari Sabah menghantar external hard disk WD 500GB yang terjatuh dan tak detect. Namun apa yang membuatkan kes ini lebih mencabar — adik beliau telah cuba buka metal cover secara DIY untuk repair sendiri sebelum dihantar kepada kami.

Pada mulanya, team kami enggan menerima kes seperti ini kerana risiko yang tinggi setelah hard disk dibuka tanpa peralatan khas. Tetapi Pn. Zie merayu agar kami cuba — di dalam hard disk itu tersimpan gambar-gambar anak-anak masa kecil 17 tahun yang lalu.

Beliau telah mencari specialist selama 4 tahun tanpa berjaya. Selepas Pn. Zie setuju dengan harga, baru kami terima untuk mencuba menyelamatkan data dalam hard disk tersebut.

Diagnostik di cleanroom mendedahkan keadaan kritikal — komponen dalaman sudah mempunyai contamination yang ketara (dust & debris) akibat dibuka sebelum ini tanpa mesin khas. Ini menjadikan proses restoration jauh lebih rumit dan mencabar.

Namun syukur — dalam masa kurang 48 jam, dengan kepakaran dan pengalaman engineer kami, proses drive restoration berjaya dilakukan.

KEPUTUSAN: 96% DATA PENTING BERJAYA DISELAMATKAN.
Lebih 70,000 gambar dan video selama 17 tahun berjaya dipulihkan — kenangan anak-anak masa kecil yang hampir hilang kini selamat semula di tangan Pn. Zie.

Penantian 4 tahun beliau akhirnya berakhir. 🥳

Spesifikasi:
Hard Disk: Western Digital External
Kapasiti: 500 GB
Lokasi Klien: Sabah
Tempoh Recovery: Kurang 48 jam
Hasil: 96% data dipulihkan

Kes 04 — Toshiba MK5059GSX Dibuka DIY
Kes 04

Dibuka DIY oleh Kawan — Hampir Mustahil 😰

Video Arwah Ayah Selamat — Toshiba MK5059GSX 500GB

Tuan Faizal merupakan pemilik hard disk Toshiba MK5059GSX 500GB yang menyimpan memori berharga keluarga — termasuklah gambar-gambar keluarga dan video arwah ayah beliau.

Pada awalnya, hard disk tersebut tidak dapat dikesan (tak detect). Tuan Faizal kemudiannya memberikan HDD kepada kawan beliau untuk diperiksa.

NASIB MALANG: KAWAN BUKA COVER

Kawan Tuan Faizal cuba membuka metal cover HDD untuk memeriksa komponen dalaman. Setelah tidak dapat mengenal pasti kerosakan, beliau menutup semula cover tersebut. Malangnya, ini dilakukan tanpa peralatan cleanroom — menyebabkan habuk halus masuk ke dalam HDD dan mencemarkan komponen dalaman termasuk platter dan R/W heads.

DIAGNOSTIK: HAMPIR MUSTAHIL

Selepas diagnostik AI dijalankan, sistem menjangkakan peluang recovery hampir mustahil kerana tahap contamination yang serius dan kerosakan mekanikal yang kompleks.

Namun, Tuan Faizal masih berharap memori keluarga — terutamanya video arwah ayah — dapat diselamatkan. Pasukan kami bersetuju untuk mencuba.

REZEKI KLIEN: PLATTER BERSIH

Setelah pemeriksaan teliti dalam cleanroom, didapati tiada calar kekal pada permukaan platter. Ini merupakan rezeki klien — bermakna data masih utuh, hanya perlu diakses dengan teknik khas.

HASIL: 99% DATA BERJAYA DISELAMATKAN.
Dengan kepakaran engineer DR DATA dan teknik khas yang dibangunkan oleh pasukan R&D kami, 99% data Tuan Faizal berjaya dipulihkan dan dipindahkan ke hard disk baru — termasuk gambar-gambar keluarga dan video arwah ayah.

Memori berharga yang hampir hilang kini selamat semula di tangan Tuan Faizal dan keluarga. 🥺💚

Kes 05 — External Seagate Slim Terjatuh!
Kes 05

External Seagate Slim Terjatuh — Tak Detect ⚡

Peluang 50-50 — Mechanical Damage pada Model Paling Mencabar

External HDD Seagate Slim klien terjatuh dan selepas itu terus tak detect. Dalam HDD tersebut tersimpan fail-fail penting milik beliau.

Pada mulanya, klien membawa HDD ke kedai komputer biasa untuk dibaiki. Namun technician di kedai tersebut memaklumkan tiada apa yang boleh dilakukan kerana hardware dalaman HDD telah rosak.

Setelah hampir putus harapan, klien menghubungi DR DATA untuk meminta bantuan menyelamatkan data dalam HDD tersebut.

DIAGNOSTIK AWAL: KES MENCABAR

Selepas diagnostik dijalankan, pasukan kami memaklumkan kepada klien bahawa peluang recovery hanyalah 50-50. Ini kerana Seagate Slim merupakan antara model HDD yang paling mencabar untuk dipulihkan apabila berlaku kerosakan mekanikal — terutama untuk simptom seperti terjatuh, clicking, beeping, atau tidak detect.

Walaupun risiko tinggi, klien tetap berharap data dapat diselamatkan.

KEPUTUSAN: 99.9% DATA BERJAYA DISELAMATKAN.
Alhamdulillah, melalui kepakaran engineer DR DATA dan teknik khas hasil R&D pasukan dalaman, hampir keseluruhan data klien berjaya dipulihkan walaupun peluang awal hanya 50-50.

Klien lega dan gembira kerana fail-fail penting beliau selamat. 😁

Spesifikasi:
Hard Disk: External Seagate Slim
Simptom: Terjatuh — Tak Detect
Tahap Kerosakan: Mechanical Damage (Severe)
Hasil: 99.9% data dipulihkan

Ada Kes Mencabar?

Hubungi kami dahulu — konsultasi percuma, tiada bayaran jika data tidak dapat dipulihkan.

WhatsApp Sekarang Lihat Perkhidmatan