FAQ
Jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya tentang perkhidmatan data recovery kami.
Umum
Kami beroperasi di Seri Manjung, Perak. Jika anda berada di luar kawasan, anda boleh menggunakan servis kurier seperti Poslaju untuk menghantar hard disk anda.
Lebih 90% klien kami menggunakan servis kurier untuk urusan penghantaran hard disk dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Selain di Perak, kami juga mempunyai 1 orang technician Level-1 di Seri Kembangan, Selangor yang boleh mengendalikan kes-kes kerosakan logical, bad sectors dan electronic. Servis pickup dan delivery disediakan untuk klien yang menetap di kawasan berhampiran.
Ada perbezaan antara baiki dan selamatkan data (repair vs recovery). Hard disk yang mengalami kerosakan kritikal seperti Bad Sectors, Mechanical dan Firmware tidak boleh dibaiki. Tapi data mungkin masih boleh diselamatkan kalau belum terlambat bergantung pada tahap kerosakan.
Jika hard disk anda tiada data penting untuk diselamatkan dan anda cuma mahu hard disk yang rosak tersebut dapat digunakan semula seperti biasa, kami sarankan supaya anda beli hard disk yang baru sahaja kerana tidak berbaloi untuk dibaiki.
Kami terima pembayaran melalui:
1. Online Banking
2. Credit / Debit Card
3. E-Wallet
4. E-Perolehan
5. Cek
Mesin khas Laminar Flow yang mempunyai cleanliness Class 100 / ISO 5 berfungsi untuk mewujudkan ruang persekitaran yang kondusif dan selamat untuk membuka cover hard disk. Ini kerana komponen dalaman hard disk adalah tersangat sensitif terhadap partikel habuk halus dari udara.
Mesin cleanroom adalah wajib digunakan untuk kerja-kerja data recovery yang melibatkan komponen dalaman hard disk. Jika top cover hard disk dibuka tanpa penggunaan mesin cleanroom class 100, risiko untuk data tidak dapat diselamatkan selamanya amat tinggi kerana komponen mekanikal dalaman hard disk telah tercemar.
Anda boleh merujuk langkah-langkah di sini.
Sila hubungi admin kami untuk dapatkan khidmat nasihat percuma. Anda dinasihatkan untuk mengisi borang online Pre-Diagnose yang diberikan admin melalui whatsapp untuk rujukan team IT kami. Kes yang tidak mempunyai borang Pre-Diagnose dan gambar peranti tidak akan dilayan.
Tel / WhatsApp: 010-303 7400
Kos data recovery berbeza mengikut kes dan bergantung pada beberapa faktor seperti jenis kerosakan, tahap kerosakan, model hard disk dan capacity hard disk. Engineer kami perlu melakukan diagnostik dan analisis terhadap hard disk anda terlebih dahulu untuk menentukan kos sebenar data recovery.
Lanjut
Ramai yang keliru antara servis data recovery dan servis baikpulih komputer yang biasa. Data recovery adalah bidang digital forensics dan perlukan kepakaran specialist terlatih. Ini kerana kerja-kerja data recovery adalah rumit dan berisiko tinggi. Satu kesilapan kecil boleh menyebabkan kehilangan data selamanya. Apatah lagi hard disk adalah teknologi yang complex dan 99.9% technician komputer tidak faham bagaimana hard disk berfungsi.
Tambahan, bila bercakap soal data recovery, kita bukan bercakap tentang fizikal hard disk tersebut, sebaliknya tentang nilai data di dalamnya. File gambar kenangan keluarga, gambar perkahwinan, dokumen kerja penting yang bernilai ratusan ribu ringgit — data itu mungkin tidak boleh diganti dengan apa pun.
Selain memerlukan kepakaran yang tinggi, kerja-kerja data recovery juga memerlukan peralatan canggih dan mesin khas yang sangat mahal — boleh menelan hingga ratusan ribu ringgit serta perlu diperolehi dari luar negara.
Boleh. Anda boleh maklumkan pada kami maklumat data yang anda nak recover seperti Nama Partition, Directory dan Nama File / Folder.
TIDAK. Tiada syarikat data recovery yang caj servis berdasarkan jumlah file atau saiz data yang anda nak selamatkan. Konsep harga seperti ini tidak relevan apabila hard disk mengalami kerosakan peringkat Disk dan Drive yang memerlukan proses drive restoration yang rumit dan makan masa.
Anggap hard disk anda yang rosak seperti peti besi yang terkunci — cabaran utama bukan proses mengeluarkan kandungan, tetapi proses membuka kunci peti tersebut.
Bila kunci sudah dibuka, anda nak bawa keluar 1 jongkong atau 100 jongkong emas tidak menjadi masalah besar. Tapi selagi kunci belum dibuka, 1 jongkong pun anda tak boleh bawa keluar.
Usaha membuka kunci: 95% — Usaha mengeluarkan kandungan: 5%
Biasanya 1–10 hari bekerja bergantung pada kes.
Boleh. Selepas diagnostik dibuat, laporan dan sebutharga akan diberikan. Anda boleh batal proses data recovery dan mengambil semula hard disk anda selepas menjelaskan bayaran kos-kos lain yang terlibat seperti diagnostik, scan dan postage. Tiada caj data recovery atau cancellation fee dikenakan.
Tetapi jika anda setuju dengan proses data recovery dan membayar deposit kemudian menukar hasrat untuk batal, wang deposit tidak akan dipulangkan semula. Namun anda boleh mengambil semula hard disk dalam tempoh yang ditetapkan.
Setiap syarikat data recovery mempunyai tahap kepakaran dan hasil recovery yang berbeza.
Contohnya syarikat A boleh selamatkan 99% data dari hard disk yang rosak. Syarikat B pula cuma 50%. Syarikat C langsung tidak dapat selamatkan data dari kes yang sama.
Hasil recovery dipengaruhi oleh tahap kepakaran engineer, teknologi peralatan dan mesin yang digunakan, kaedah dan teknik, serta resources yang dimiliki.
Kami juga terima kes data recovery yang gagal diselesaikan oleh syarikat lain dan ada kes yang kami berjaya selesaikan dengan success rate yang tinggi. Ini lah jawapan kenapa harga servis data recovery berbeza-beza bagi setiap syarikat.