Cara Kerja
Dari isi borang hingga terima data yang diselamatkan — proses yang telus, profesional dan berstruktur.
Langkah 01 — Wajib
Klien wajib mengisi borang kes online sebelum menghantar peranti. Borang ini digunakan sebagai rujukan team IT kami untuk memproses kes anda.
Kes yang tidak mempunyai borang tidak akan diterima untuk pemeriksaan.
Langkah 02
Serahkan peranti melalui walk-in / pickup atau servis kurier (Poslaju / GDEX dan lain-lain). Kemudian buat pembayaran kos checking secara online.
Walk-in · KurierLangkah 03
Technician menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan imbasan fail untuk mengenal pasti jenis kerosakan, tahap kerosakan dan data yang boleh diselamatkan.
Proses ini mengambil masa 1–7 hari bekerja bergantung pada kes.
Langkah 04
Laporan kes dan sebutharga dihantar melalui WhatsApp. Jika bersetuju, teruskan ke langkah seterusnya. Jika tidak bersetuju atau data tidak dapat diselamatkan, peranti boleh dituntut semula tanpa caj recovery.
Via WhatsAppLangkah 05
Berikan butiran yang diperlukan untuk invois rasmi dikeluarkan. Setelah deposit dibayar, proses recovery akan dimulakan oleh engineer kami.
Invois RasmiLangkah 06
Technician memulakan proses data recovery sepenuhnya. Anda akan dimaklumkan melalui WhatsApp apabila proses selesai.
Cleanroom Class 100Langkah 07
Sesi percuma 10 minit — akses komputer technician kami secara remote menggunakan TeamViewer atau AnyDesk dan lihat sendiri fail yang berjaya diselamatkan sebelum membuat bayaran penuh.
Percuma · TeamViewer / AnyDeskLangkah 08
Jelaskan baki bayaran dalam tempoh yang ditetapkan di dalam invois.
Bagi kes yang tidak berjaya atau dibatalkan, anda boleh menuntut semula peranti selepas menjelaskan kos yang terlibat seperti caj kurier.
Langkah 09
Data dipindahkan ke peranti backup yang anda sediakan atau beli dari kami. Peranti dilindungi dengan BitLocker encryption — password dihantar melalui WhatsApp.
Peranti diserahkan melalui kurier, runner atau walk-in.